Travel out and about.

Posts tagged “Koh Samui

Twenty Ten- *Woot Woot

This slideshow requires JavaScript.

29/12 (Day 1): And so the journey begins..

KL (Puduraya Bus Station)-Butterworth

11 of us first gathered at the mamak in front of Puduraya Bus Station at 7am for breakfast. For some of us that was the first time we met. Yeah its the weirdest trip ive been so far. Sumorang ajak sumorang then.. tadaaaa 11 org pegi. Mereka terdiri dari saye sendiri, Efizan, Toman, Cikut, Sanadt, Kae, Emma, Emie, Thing, Amir, Syafiq. Jam 8am sume sdh berada di Platform 4 sedia nak naik bus express (Konsortium) RM31.20/way for KL-Butterworth. Tapi bile dh naik bus tu ade segerombolan manusia 13org yg mempunyai misi yg same. Kebetulan plak ade yg saling mengenali. Terase kemeriahan mcm pegi rombongan sekolah. We arrived at Butterworth Bus Station around 1230pm. Terus menuju ke food court nak lunch. Selesai lunch berjln menuju ke Butterworth Train Station yg terletak bersebelahan sahaja.

Butterworth- Surat Thani (Thai Train- Lower berth RM73)

Dalam 230pm kereta api yg ditnggu2 pun tiba. Bermulalah perjlnan yg dijangka mengambil masa 10jam ke Surat Thani. Sampai Padang Besar we need to get off the train for immigration check. Kemudian sambung semula perjlnan dan dtg plak ‘stewardess’ kereta api ambil order mknan. Ade meal nasi tomyam berlauk tuk 4org share dlm RM40 kut. Tapi mknan hanya akan dpt setibanya di Haadyai apabila kereta api bersambung dgn gerabak2 yg lain. Selesai mkn tempat duduk bertukar menjadi katil. Padahal time tu sudah jam 8pm tp sumorang nak tido gak. Sebelum sepanjang perjalanan tu pelbagai activity dilakukan- teka lagu, rakaman destinasi bajet dan pelbagai aksi lucu dan bodoh sempat dirakamkan dlm camcorder.Almost 12am maka smpai la kami di Surat Thani. Dahla br bgn tido trn2 terpinga2 melihat kedaan sekeliling tp lps tu tanpa membuang masa terus amik gambar. Critical time! decision decision decision. Nak pegi town Surat Thani ke nak ke jetty Donsak trus?

30/12 (Day 2): Samui Oh Samui

Kat train station banyak betul ulat2 agent tour ni. Cakap nak gi Donsak die kate tutup gelap xde ape. Seperti memaksa pergi Town Surat Thani. DUduk dekat office tour agent. Mesti kene pakse beli transport dr Surat Thani ke Donsak dan juge ferry ke Samui. Tapi kitorang puna de tactic kotor gak sampai kt tmpt agent bargain2 tapi tak amik sbb rase still mahal. So blah gi minum then ‘ulat2′ td pun blah dtg agent tu trus bg harga murah. Jauh gak beza sure ulat2 tadi yg untung. Rase2 harga reasonable kitorg pun setuju amik van+ferry dlm THB400+ kut. Kami akan naik first ferry dari Donsak yang dijangka berlepas jam 6am. 4am sudah dikerah naik van yg perjlnan ambil masa dlm 30mins. Sume tido tergolek2. Sampai Donsak mmg jetty tak bukak tapi ramai je mat saleh bersepah2 lpk tnggu ferry. Masa tu rase tertipu la dgn ‘ulat2′. Lagi rase tertipu bile tau harga ferry hanya THB140/way. Memang diorg suka ketuk duit pelancong amik untung berkali ganda. Kitorang amik port paling best sekali betul2 depan pintu masuk gate tu bawah street light bukak sleeping bag, tido! Bagi yg tak bole tido makan bubur ayam panas. Sedap giler sbb tak halal. Haha.

Around 6am ++ org mula menaiki ferry dan berlepas ke Samui. Perjlnan ferry ambil masa dalam 2.5hrs. Ferry die ade aircond and klau cpt dpt chup sofa bole conquer tido. yes thats what we did. Bangun2 matahari dah terang pastu baru perasan ramai plak org atau yang paling dekat sekumpulan abg john hot duduk berdekatan. Terang bersinar2 terus mata i bgn2 pagi dijamu dgn pemandangan indah. Sampai jetty Samui kene cari Tuk Tuk. Satgi Tuk Tuk pun ltk harga mahal dari yg sering diperkatakan org. Tapi dah nego2 bole plak bg 60Baht dari jetty ke Chaweng Inn. Saye gembira naik Tuk Tuk pada kali ini kerana saye bergayut di luar Tuk Tuk sepanjang 20mins perjlnan.

Sampai Chaweng Inn bilik belum siap ade satu je yang dah siap. So sumorang berlonggok dalam satu blk kecil. Pandai2 lah cari port nak tido. Kalau tie new year and full moon byk hotel mmg dah penuh. Koh Pangan lagi lah mmg dh pnh sejak 3 bln lps. Kitorang yg last mins ni nasib dpt booked dari latestays.We booked Chaweng Inn at the very last mins from latestay.com. Kitorang amik 3 bilik hotel berharga THB1200/nite for super peak season. Agak mrh la sbb dekat Chaweng Beach mmg dkt main attraction and facility sume. Aku dah mandi terlelap jap. Yang lain dah merayap cari tmpt sewa motor/kereta and tgk beach. By 3pm baru sume bilik siap. So aku-thing-cikut-kae 1 blk, emma-fiez-emie 1blk, amir-toman-sanadt-syafiq 1blk. Champion agak sempit bilik tp janji ade aircond and en-suite bathroom saye ok saje sbb later saye bole pecahkan jambannya. HA HA!

Lepas setel2 sume cari lunch jalan punye jalan last mkn mcD je sbb ssh sgt. Lepas mkn mcD jalan sekitar Chaweng tgk2 tour n boat to fullmoon party. Aku balik tido orang lain pun activity sendiri later ptg baru join mereka di pantai. Amik2 gambar nego2 beli ‘barang baik’ untuk berparty nanti. Malam tu sumorang pegi dinner, aku and cikut sesat ke mana yang akhirnya dinner makan pancake and yampoi. Memang mrh cocktail THB70 je kat  stall tepi jalan. I spend the whole night yampoi dan yampoi memang tak elok sangat. the rest gi tgk tgk drag show ke ape ntah. Lepas tu pegi party kat tepi beach yg kene jalan dlm 15mins. Dance kjp minum byk maka mabster tahap critical. Menurut urban legend mereka saye jalan zig zag dan memanggil name teman2 yg dirindui. Mungkin cerita tahyul bcos i remember… NOTHING! Dah ting tong, high lagi pastu terus tido. Esok kene bgn awal pagi sbb dah amik tour half day di Samui. Yeay!

31/12 (Day 3): New Year’s countdown/Fullmoon Party at Koh Pangan

Seperti yang sdh diatur kami memulakan hari dgn membeli breakfast di 7Eleven. Jam 8am van pick up kami di dpn hotel. destinasi pertama dan kedua adalah melawat temple2 Buddha di Bophut. Kemudian menuju ke Grandma and Grandpa Rocks or also known as  Hin Ta dan Hin Yai. These formations look like the male and female genitalia respectively. Ade kisah dan legend tersendiri mengenai batu2 ini sila google. Selesai dgn kekaguman batu2 singgah sebentar tengok mummified monk. Stylo siap pakai sunglasses. Kemudian teruskan perjalanan menuju ke Na Muang Waterfalls. Sumorang bermandi-manda kecuali saye, Thing and Cikut. Thats the end of our tour. Half day tour cost us around THB

Dalam pukul7 tnggu van utk ke jetty dan seterusnya ke Koh Pangan. Sampai jetty anda akan diberi tag gantung leher supaya senang nak knl pasti syrikat boat. Nanti balik boat kene naik boat yang same. First time dalam hidup naik speedboat tgh malam. Ombak tak payah cakap la boat tu macam nak terhempas pun ade. Mmg tak nampak ape cuma bulan penuh. Sampai Koh Pangan trn kat jetty kayu yg mcm nak roboh dgn org berduyun2. The costs of Fullmoon party speedboat from Koh Samui to Koh Pangan is THB500(return). Yampoi(boozey woozey) juge agak murah kat sane die jual per bucket(dalam baldi kecil) starts from THB400 (Smirnoff + livita, JD + coke, Vodka + orange, etc,). Wah excited! Baru masuk 10mins sudah mabster with the first bucket minum mcm air kosong dgn perut kosong. Then stop beli dinner baked potato with cheese yang kene tnggu hampir sejam. Sambil2 tu beli tshirt fullmoon party then mengecat anggota badan dgn warna2 ceria glow in the dark. Sambung berjalan kaki dalam 10mins menuju ke tepi pantai Haad Rin lokasi fullmoon party. Malam itu dianggarkan hampir 20,000 orang berparty. Sepanjang beach pilih je nak music jenis ape house, trance, drum n bass, hip hop r&b sume ade.  Ape lagi kami semua meroyan menari beramai2. Kawan saye yg berbakat besar dalam bidang tarian telah berjaya menarik perhatian mat saleh2 untuk mengikut menari bersama. End up kami berjaya create mob dance mcm BEP perform untuk Oprah Winfrey. I gotta the feeling wohoooo! This the 2nd year i celebrated New Year di luar Msia dan sudah pastinye untuk tahun2 akan datang juge. Takde perasaan regret walaupun terpakse ketepikan byk benda2 lain. After all i cannot pleased everyone lebih baik buat diri sendiri happy. Of course saye sgt happy dapat party dgn kwn2 baik saye Fiez, Sanadt, Toman, Kae, Cikut. Then countdown beramai2, bunga api mercun tak stop selama beberapa minit. Pastu sambung party. I cant remember everything but i think i had a great time partying. Menurut cerita mereka perangai saye sgt tak elok. Tapi nak buat mungkin perasaan sayang membuak2 terhadap kwn2 so saya ciumlah mereka*kiss kiss *muah muah. Most of them leave early sbb dah tak larat. Me, Cikut and Kae masih meneruskan perjuangan sampai 3am. Lps tu nak balik satu hal kene cari syarikat boat satu hal pastu kene queue kat jetty nak roboh berebut2 siap nak bergado kene raba sume sbb sumorang kepala dah tak betul dan penat. Dah dpt naik boat lega tapi sampai Samui kene tnggu van lagi. Sampai bilik mmg terus pengsan lah.

1/1 (Day 4): Snorkel (for them), upacara pecah jamban (for me)

Seawal pagi dah kene kejut tapi sbb hangover i didnt go for the snorkelling di Mae Koh Island and some other island lagi saye tak tau. the snorkelling package for 1 day full board cost around THB 1400/person. Saye sambung tido dan terjaga hampir tengah hari dan masih hangover. Masa nilah kejadian yang tak dingini berlaku. I vomitted few times and end up i cant flushed the toilet. dgn perasaan tak sabar dan ingin isi air secara manual saye telah terlepas cover tangki jamban ke atas jamban menyebakan ia pecah sbb saye pitam terlihat muntah ade darah. begitulah kisahnya. Terus panic sbb pecah berderai dan air melimpah ruah. Kembali ke katil bertafakur time tula rase nyesal tak ikut rase menyesal mabster terus sangat. OK mmg tak boleh nak rewind patah balik maka saye kemas toilet mandi dan keluar cari mkn dan refund snorkelling. Balik tido dan tido sbb takut. Sampai yang lain blk sumorg terkejut dgn kebodohan aku. Buat bodoh je klau terkantoi br byr klau tak biarkan je. Tapi sumpah mmg serba salah. Malam terakhir tu gi dinner best pad thai, masi goreng seafood, ice blended kelapa sume mmg mrh dan sdp. Then pergi speed shopping cari souvenir bagai, selesai sume buat aromatheraphy dgn Emma kat bawah hotel. Naik bilik packing dan tidur. Esok kene bgn kul5 pagi bersiap naik bus ke Haadyai.

2/1 (Day 5): Samui to Haadyai- “Ini Bus express ke bus lompat?”

Koh Samui-Haadyai THB650 (bus+ferry Thb140/way)

Kitorang cabut seawal jam 6pg dari Chaweng sbb kene naik ‘bus express’ kononnye di jetty. Sebelum tu ade drama sebabak tauke hotel sempat kejar minta ganti rugi jamban yg tlh saye pecahkan. Tahniah! jumlah ganti rugi yg dituntut adalah THB1000. slmt membazir di situ. tp apakan daya perbuatan vandalisme ade hukumannya. sila bljr dari kesilapan. dont drink and faint? or dont drink and use toilet? Ni bole msk senarai peristiwa yg tdk dpt dilupakan dlm hdp mungkin?

Perjlnan hrs diteruskan. Naik bus trn bus, naik ferry trn ferry, naik bus blk tak trn selama 8 jam tp bus berhenti lapan juta kali. Perjlnan ambil masa forever kut. Mcm naik bus metro kt kl. mula2 okla aircond satgi dh tgh hari pns sbb tiba2 org berduyun naik siap berdiri lagi. activity utama, TIDUR zzZZzzZZ…Tp mmg konfius la bus kt Thailand ni jrk perjlnan punyelah jauh tp konsep bus mcm bus lompat. Petang hari baru sampai Haadyai Bus Station. Bole hjn renyai2 plak. So misi pertama cari hostel brdekatan train station. Kat Haadyai dah banyak orang boleh berbahasa Melayu so senang nak tanye. Mula2 decide nak jln kaki tp slps menapak beberapa ketika dan rase2 tak tau jln dan faktor cuaca kami sepakat untuk menahan Tuk Tuk. Brother Tuk Tuk dgn yakin srh 11 org sume naik satu Tuk Tuk. Dah bleh buat willie Tuk Tuk tu mau terjongket. Macam circus pun ade gak. Ade beberapa guesthouse dkt depan train station so kitorang pun checkla satu2. Last2 setelah bincang2 nego we decided to stay at Louise Guesthouse. We stayed here for 1 night and okla untuk budget THB400/nite double bed w/air cond. The rooms are big and is in a good location with a large department store and supermarket on the doorstep. Sumorang setel hal masing2 pastu dinner Kedai Tom Yam Sulaiman. Lps tu bermulalah misi makan sume jenis makanan yg boleh dimakan. Semua jenis pulut dicobe pulut ayam, pulut mangga, pulut durian. Begitu juge dgn jenis2 kerabu, kerabu mangga, kerabu betik(somtam) dll. Serius aku tak pernah tgk food sebanyak tu. Dah mkn siap tapau balik bilik lg. Tak puas hati keluar balik beli lagi. Dah kenyang gembiralah perut kene kasi tidur. Sihat betul gaya hdp!

3/1 (Day 6): Bye2 delicious food (Haadyai)

Train KTMB Haadyai-KL Sentral (RM83 lower berth)

Bgn agak awal untuk breakfast. Yes masa itu sgt berharga utk melepaskan saat2 mengisi perut. Breakfast je dh kuey teow soup, roti telor bagai. Ade lg sempat gi jln last round nk tapau pulut mangga pulut ayam dan keluarga pulut yg lain. Balik bilik pack, mandi bersiap utk check out. Jarak hostel 5mins je dr train station maka tdk perlu kelam kabut.Berjln dlm keadaan mls smbl membeli ape jua jns mknan yg ada di tepi jln dan memborong di kedai runcit di train station. Alasan, nk hbskan Thai Baht.Kire tapau food tuk dinner la skali. Dalam 230pm maka kami berangkatlah pulang menuju ke KL menaiki KTMB. Masa dibuang dgn pelbagai activity lucu dan bodoh. Padahal time tu dh nak start emo sbb dh hbs bercuti. Tidaaakkkk! Setelah penat beractivity kami pun tido dgn nyenyaknye tak sedar diri.

4/1 (Day 7): Back to reality. Damn!

Finally arrived at KL Sentral at 6am.

*pengsan kene kerja.

Kesimpulan, Samui takdela best sangat ala2 Phuket je. Duit banyak bazir kat benda2 tak elok walaupun murah. Fullmoon Party TERBAIK! orang cakap Koh Pangan adalah Ibiza Asia, betu la tu. Rase nak pergi Ibiza plak tapi New Year bile umur masuk 30 tahun mungkin(dgn harapan jumpe jodoh dgn hot latino). Difinitely need a really BIG party to welcome three zero. Haadyai makan best. Travel dengan train juga best even masa yg diambil lebih lame tapi murah dan byk benda boleh buat dan tido dgn lena. Pelik tapi benar saye suka tidur dalam train. Tapi still travel in a BIG group not my style, sorry. Last skali… sila plan twenty eleven plak- dah plan pun INDIA!


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.